VIRAL DENGAN

1,317,698


Mikro-Influencer

MIKRO
TETAPI POWER

Mikro-influencer JAG mampu menghasilkan kandungan yang berkualiti dan menarik untuk menjadikan produk atau perkhidmatan anda menonjol dalam media sosial.

MIKRO TETAPI POWER
MIKRO
TETAPI PENTING

Mikro-influencer bukanlah golongan seperti KOL yang berprofil tinggi dan dikenali ramai, tetapi itu tidak bermakna mereka bukan sesiapa. Sebenarnya, mereka lebih rapat dengan pengikut mereka (terutamanya kawan dan keluarga), jadi mereka boleh memberi pengaruh yang lebih baik kepada rakan sebaya mereka dan sudah pasti mereka SESEORANG YANG PENTING dalam kalangan bulatan sosialnya. Berikut adalah beberapa power influencer kami untuk rujukan anda.

MIKRO TETAPI PENTING
IMPAK YANG MAKRO

JAG adalah satu-satunya platform mikro-influencer yang mampu menggerakkan BERIBU-RIBU mikro-influencer dalam masa semalaman untuk mengembangkan kempen sosial anda dengan cara MAKRO dan menjadikannya topik paling hangat. Dengan teknologi Penjejakan Sosial kami yang canggih, kami dapat menjejaki apa yang dikongsi setiap influencer dan mengagregat semua data penglibatan.

IMPAK YANG MAKRO
MIKRO & LOKAL

Kandungan viral yang terbaik memerlukan pandangan tempatan. Pada masa ini, JAG mempunyai pasukan yang beroperasi di Hong Kong, Taiwan, Malaysia dan Filipina dan akan terus berkembang di seluruh dunia. Dengan pasukan tempatan kami yang menguruskan mikro-influencer yang sesuai, kami pasti dapat menghasilkan kandungan yang paling kukuh dan menarik untuk pasaran anda.

ketahui influencer kami dengan lebih lanjut
MIKRO & LOKAL
MENEMBUSI PELBAGAI PLATFORM SOSIAL

Mikro-influencer JAG bukan sahaja boleh membantu anda berkongsi di Instagram, Facebook, Twitter, tetapi mereka juga boleh membantu viral-kan informasi kempen anda secara langsung kepada rakan-rakan mereka melalui aplikasi mesej segera seperti WhatsApp, LINE, wechat, FB Messenger dan Viber.

MENEMBUSI PELBAGAI PLATFORM SOSIAL
RAKAN KONGSI MEGA

JAG berada dalam industri mikro-influencer sejak tahun 2010 dan mempunyai sejarah yang luas dengan beberapa jenama dan agensi terbesar di dunia. Berikut adalah beberapa daripada mereka.